Feb 22, 2012

seputar alam

itu ini jelik
tengok orang pelik
tak pernah ada baik
prasangka mendabik
dalam hati yang munafik

memutar belit
leher sendiri terbelit
lidah melilit-lilit
terjelir tercekik
aku tak pelik

Feb 15, 2012

Tiada Lagi Cinta


Rupanya...
   Baru aku tahu yang dia dah tak ada rasa apa-apa untuk aku. Selama ni dia hanya menjaga hubungan sesama manusia, tanpa ada rasa cinta dalam hatinya. Jiwanya kosong, tiada tempat untukku. Selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan, bermain perasaan, hanyut dalam lautan cinta sendirian. Patutlah selama ni aku rasa seolah-olah aku terkapai-kapai mencari arah. Rupanya nakhoda aku tak perlukan aku, tak betul-betul perlukan aku. Aku hanya pelengkap hidupnya, bukan pelengkap jiwanya. Itupun kalau dia rasa aku ni melengkapkan lagi hidupnya. Atau mungkin dia rasa aku ni hanya menyusahkan dan menyesakkan hidupnya?
   Aku memang betul-betul tak sangka. Sebab layanannya terhadapku, kata-katanya melalui sms, menunjukkan dia ada rasa untukku, walaupun tak sepenuhnya. Rupa-rupanya, kosong semata-mata. Selama ini aku hanya menyeksa hidupnya, berkahwin dengan orang yang tak ada makna dalam hatinya. Mungkin dalam hatinya masih ada kekasih yang lama, yang berjaya mencuri tempat di dalam hatinya menggantikan aku.
Akhir kata, terima kasih awak

Jan 30, 2012

c i n t a

aku bukan lah seorang perempuan yang hebat dalam percintaan
aku lemah bila terjerat dalam percintaan
aku mudah jatuh bila gagal dalam percintaan
tapi aku masih kuat dan mampu berdiri sehingga kini kerana percintaan
sekian

mungkin aku tak hebat bercinta di dunia tapi hebat bercinta di akhirat



Oct 24, 2011

middle of the bed



I sleep in the middle of the bed
You don't know, is it fine to hold my hand?
I sleep in the middle of the bed
Sun slips through my cold hands

Do you really want me back?
Do you really want me back?

Cause I'm over it, over you
All over the town they say 
I love youI'm over it, I'm over you
All over the town
They say I love you, yeah
They says I always will
They say I love you, yeah
These wounds, they won't heal

I talk to myself at night
Better still when the lights are turned out
I talk inside my head
Better if nobody knows what I said

Do you really want me back?
Do you really want me back?

Cause I'm over it, over you
All over the town they say I love you
I'm over it, I'm over you
All over the town 
They say I love you, yeah
They says I always will
They say I love you, yeah
These wounds, they won't heal
It's all over the town
Your spreading the rumours
It's all over the town
Your spreading the rumours
If you knew me at all


You should all know my answers
They say I love you, yeah
They says I always will
They say I love you, yeah
These wounds, they won't heal

The sun slowly falls through


Oct 16, 2011

Heart to Heart

okey, da lama aku tak tengok movie yg ada lagu Melly Goeslow. btw aku nak menangis tengok movie ni. tryla tengok


P R E T E N D

'pretending to be happy when you're in pain is just an example of how strong you are as a person'

its hard to be pretend

susah nak jadi orang yg pura pura gembira tapi dalam hati sakit
percaya lah. tak semua orang dapat merasa perasaan macam ini

dan aku tak tahu sampai bila aku nak jadi macam ni
tolonglah kembalikan senyum manis aku, gelak tawa aku, mulut kepoh aku
aku dah tak sanggup nak hadap ni semua

kenapa dia tak pernah nak paham apa yg aku rasa?
dulu kau janjikan istana mahligai yg akan dibina bersama
tapi setelah kau mendengar kata kata si mulut longkang kau berubah sekelip mata
tanpa kau soal selidik dahulu
mudahnya bagi kau untuk lupakan semua ni
harapan yg aku sering tunggu tunggu kini musnah hancur sekejap saja

kenapa mesti aku?
kenapa tak orang lain?
kenapa bukan si mulut longkang tu?
kenapa bukan orang yg tak punya perasaan yg kena?
kenapa aku?

tolonglah, aku penat menjadi manusia yg hidup dalam kepura puraan selamanya
bunuh saja aku
dan aku takkan ganggu hidup kau lepas ni lagi

Oct 12, 2011

sulaman hati

aku mahu bersandiwara,
sandiwara duka lara,
mari dengar aku bersendu duka,
kongsi jiwa sama rasa,

aku duduk bersidai di langit,
menongkat awan di birai angin,
menanti cinta turun bertamu,
menunggu rindu datang bertaut,

kerana kamu,
arjuna hati,
sulaman hati yang tertinggal,
dalam lopak lohong hati aku,

sulaman berdarah,
kian terang, kian busuk,
mamah daging, mamah hati,
aku gagahkan diri,
menjadi penanti.

kau tak kan kembali,
kau biar aku disini,
mati,
sendiri,

tetap aku,
menunggu menanti,
kau pulang mengubat hati,
biar sampai aku kering garing,
tiada erti.

bulan menangis sepi melihat derita aku ini,
peluk dakap kemas aku,
siang nanti, matahari rangkul hangat jiwa aku,
moga aku tak mati.



ini bukanlah karya atau hasil nukilan aku, tapi puisi ini ade persamaan dengan kehidupan aku